Thursday, 20 June 2013

Proforma BMM 3103

TOPIK 1 KONSEP PENTAKSIRAN PENGUJIAN DAN PENILAIAN

KONSEP PENTAKSIRAN, PENTAFSIRAN,PENGUJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN

KONSEP PENTAKSIRAN

Langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu. Mokhtar Ismail (1985) tahap, status dan nilai.

Merangkumi skala, ordinal dan selang

Menentukan kedudukan dan pencapaian murid.

Contoh : UPSR, PMR dan SPM


KONSEP PENTAFSIRAN

Merupakan suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti seperti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginteprestasi sesuatu maklumat mengenai hasil sesuatu pembelajaran.

KONSEP PENGUJIAN

Satu cara sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu.

Alat mengukur paling penting untuk menimbulkan kepercayaan.

Mengesan penguasaan dan pencapaian kemajuan pelajar.

Ujian ialah alat ukur.

Tahap penguasaan murid dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Contoh : Proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab atau 1 set instrumen.
              Skala angka 30/100 ujian penglihatan
              100 untuk ujian IQ Test
              80/100 bagi ujian pencapaian sesuatu mata pelajaran seperti Sains


KONSEP PENGUKURAN

Proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan antribut.

Proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau angka tentang sebanyak mana individu mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen.

Contoh : Ali mendapat markah 80 peratus dalam Bahasa Melayu. Prestasi Ali tidak dapat dinyatakan sama ada baik atau sebaliknya.

Kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai.

Penentuan status atau tahap.

Boleh dilaksanakan tanpa pengujian.

Banyak mana skor diperoleh dengan menggunakan proses tertentu.

Tidak bersifat mutlak.

Contoh : Ketinggian mental seseorang individu lebih sukar untuk diukur berbanding ketinggian fizikal.

KONSEP PENILAIAN

 Pertimbangan  profesional iaitu proses membolehkan seseorang membuat keputusan seperti memberikan nilai mutu, kualiti , harga bagi sesuatu benda atau perkara.

Menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.

Dijalankan menggunakan maklumat data berbentuk kualitatif dan kuantitatif.

Membuat analisis, membuat tindakan selanjutnya

Contoh kualitatif : Ali menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru dengan sempurna.